Komponen sistem pancur basah :
- Tangki pancur basah
- Set pam : pam jockey, pam duty, pam stand-by
- Paip utama (riser): jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 150mm.
- Paip kembali (return pipe) : jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 100mm disambungkan terus ke tangki.
- Injap pelantar (landing valve) dipasang pada setiap aras bangunan.
- Hos kanvas @30m panjang dilengkapi 65mm dia. coupling dan nozel.
- Four way breeching inlet
Dibenarkan diletakkan di aras tanah (ground floor), bawah tanah (basement 1 atau basement 2) supaya memudahkan bekalan air dari tangki jentera bomba disalirkan terus ke tangki sistem sekiranya berlaku kekurangan air.
Lokasi pam :
Pam jockey, pam duty dan pam stand-by diletakkan di sebuah bilik pam yang berhampiran dengan lokasi tangki sistem pancur basah.
Lokasi injap pelantar :
- Dipasang di setiap aras bangunan dan dipasang pada ruang lobi lif bomba, berhampiran tangga laluan melepaskan diri atau di lobi perlindungan kebakaran.
- Dipasang 0.75m dari aras lantai bangunan.
- Injap pelantar dilengkapi aliran keluar 3 hala bersaiz 63.5mm hendaklah disediakan pada aras bumbung bangunan yang paling tinggi iaitu dipasng berhampiran tangga yang melanjut terus ke aras bumbung (rujuk UBBL para 231 (5)).