Jumaat, 25 November 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JUN 2011

Keputusan peperiksaan akhir Sesi Jun 2011 akan diumumkan pada 12 Disember 2011. Pelajar Politeknik boleh melihat keputusan secara online di laman web psa.edu.my.

Rabu, 8 Jun 2011

Sistem Pancur Basah (Wet Riser System)

Sistem pancur basah merupakan pili bomba dalam bangunan untuk kegunaan anggota bomba semasa kejadian kebakaran. Ianya diwajibkan bagi ketinggian bangunan melebihi 30.5m (10 tingkat) dari paras akses perkakasan bomba (rujuk UBBL para 229(1).

Komponen sistem pancur basah :
  1. Tangki pancur basah
  2. Set pam : pam jockey, pam duty, pam stand-by
  3. Paip utama (riser): jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 150mm.
  4. Paip kembali (return pipe) : jenis wrought steel atau G.I kelas C bersaiz 100mm disambungkan terus ke tangki.
  5. Injap pelantar (landing valve) dipasang pada setiap aras bangunan.
  6. Hos kanvas @30m panjang dilengkapi 65mm dia. coupling dan nozel.
  7. Four way breeching inlet
Lokasi tangki sistem pancur basah :

Dibenarkan diletakkan di aras tanah (ground floor), bawah tanah (basement 1 atau basement 2) supaya memudahkan bekalan air dari tangki jentera bomba disalirkan terus ke tangki sistem sekiranya berlaku kekurangan air.

Lokasi pam :

Pam jockey, pam duty dan pam stand-by diletakkan di sebuah bilik pam yang berhampiran dengan lokasi tangki sistem pancur basah.

Lokasi injap pelantar :
  • Dipasang di setiap aras bangunan dan dipasang  pada ruang lobi lif bomba, berhampiran tangga laluan melepaskan diri atau di lobi perlindungan kebakaran.
  • Dipasang 0.75m dari aras lantai bangunan.
  • Injap pelantar dilengkapi aliran keluar 3 hala bersaiz 63.5mm hendaklah disediakan pada aras bumbung bangunan yang paling tinggi iaitu dipasng berhampiran tangga yang melanjut terus ke aras bumbung (rujuk UBBL para 231 (5)).

Isnin, 24 Januari 2011

BAGAIMANA SPRINKLER BERTINDAK?

sms lån
sms lån


SISTEM SEMBURAN AIR AUTOMATIK (AUTOMATIC SPRINKLER SYSTEM)
  • Merupakan sistem yang dirancang supaya berkemampuan mengesan, mengawal dan memadam kebakaran serta memberi amaran kebakaran kepada penghuni bangunan.
  • Sistem ini bertindak secara automatik tanpa bantuan manusia. Kepala pemercik terdiri daripada bebuli kaca yang mengandungi larutan cecair ‘glycerine’ yang akan mengembang pada suhu 68oC ( bergantung kepada jenis cecair) dan memecahkan bebuli kaca tersebut serta menghasilkan semburan air untuk memadam kebakaran.
  • Pemasangan sistem ini terdiri daripada set pam (jockey, duty dan stand-by), tangki storan air sistem, set injap kawalan utama, kepala pemercik, ‘flow switches’, ‘pressure switches’, paip aliran dan injap.

PIAWAIAN REKABENTUK
- UUKBS 1984 (klausa 225 dan 228)
- UUKBS 1984 Jadual Ke- Sepuluh
- BS EN 12845 :2003 - Automatic sprinkler systems-Design, Installation and Maintenance
- NFPA 13
- Fire Officers Committee (FOC) U.K - Loss Prevention Council
(BS 5306 : Part 2 and Technical Bulletins 1-35)

BAGAIMANA SISTEM SEMBURAN AIR BERTINDAK SECARA AUTOMATIK?
  1. Air merupakan agen pemadaman yang baik untuk memadam kebakaran.
  2. Semburan air secara berterusan ke atas permukaan api dan haba mampu merendahkan suhu proses pembakaran dan menghalang nyalaan api merebak ke ruang yang berhampiran.
  3. Terdapat penutup logam di bahagian atas bebuli kaca untuk menahan air dari mengalir keluar melalui kepala pemercik.
  4. Haba dari proses pembakaran akan meningkatkan suhu ruang dan menyebabkan cecair di dalam bebuli ini akan mengembang. Apabila suhu meningkat kepada 68oC (bergantung kepada jenis kepala penyembur), bebuli kaca akan pecah dan penutup logam akan jatuh menyebabkan air mengalir keluar dan mengenai plat ‘deflector' untuk membentuk semburan air.
  5. Apabila ‘flow switch’ mengesan aliran air di dalam paip agihan, isyarat akan dihantar kepada panel penggera untuk membunyikan loceng amaran kebakaran dan pada masa yang sama ‘pressure switch’ mengesan kejatuhan tekanan air dan menggerakkan pam ‘jockey’.
  6. Pam ‘jockey’ akan beroperasi secara automatik untuk melaraskan perubahan tekanan air di dalam paip.
  7. Apabila tekanan semakin berkurangan, pam ‘duty’ akan beroperasi secara automatik dan pam ‘jockey akan berhenti secara automatik.
  8. Apabila kebakaran telah padam sepenuhnya, aliran air di dalam perpaipan akan diberhentikan dengan menggunakan injap ’butterfly’ yang terdapat di zon kebakaran dan pam ‘duty’ akan diberhentikan secara manual.
  9. Sistem hendaklah mempunyai talian sambungan terus ke Balai Bomba yang berhampiran.


http://www.affiliatekerajaan.com/index.php?ref=rohaza